Want your
own Fotopage?








 
suhainy's FotoPage
bunga raya 03 - Fotopages.com
By: suhainy sudin

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  >  >>]    [Archive]
Thursday, 21-Oct-2010 16:15 Email | Share | | Bookmark
KEK KUKUS AWANI KISMIS a.k.a KEK 1 MALAYSIA

awani closed up
awani 01
awani02
Assalammualaikum... selamat malam .. salam 1 Malaysia gitu... Kelmarin dah upload mengenai puding highway... tapi n3 kali ni pulak nak kongsi satu lagi resepi kek kukus yang sedap.. sebenarnya, resepi ni saya ambil daripada blogger masakan yang glamour iaitu 'kak Umi, home sweet home'.. banyak sungguh resepi kek kukus yang dia buat... apabila tengok kek ni terus terliuq.. jadi salin resepi, balik rumah terus buat.. 1 adunan.. malam tu jugak dah habis dimakan, esoknya buat lagi satu adunan kek awani...untuk bawak balik ke kampung. Sapa2 yang nak rasa, cuba buat tengok.. mestilah best tau..hmmmm sedap..



Bahan-bahannya :

1 cawan tepung gandum
1/3 cawan horlick ( original punya)
5 biji telur gred A
1/2 cawan gula kastor
200 gm marjerin ( ikut suka nak pakai butter pun ok gak)
1/3 cawan susu pekat manis ( jenama apa pun tak pa )
1/3 cawan kismis hitam
1 sudu teh esen vanila
sedikit pewarna oren, hijau & merah ( ikut suka nak warna terang atau lembut)

Cara-caranya :-

1. Sediakan pengukus. Jerangkan airnya. Se diakan loyang. Lengserkan dengan mentega dan taburkan sedikit tepung.
2. Gaulkan kismis dengan sedikt tepung ( 1 sudu makan), ketepikan.
3. Ayak tepung bersama horlick di dalam satu bekas yang agak besar. Ketepikan seketika.
4. Pukul mentega dengan gula sehingga kembang dan putih.
5. Masukkan telur satu persatu ssampai habis sambil diputar.
6.Masukkan susu dan putar lagi.
7. Kemudian masukkan tepung dan putar sebati.
8. Masukkan esen vanila dan kacau rata.
9. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Warnakan merah, oren dan hijau.
10. Tuangkan adunan merah ke dalam loyang terlebih dahulu, dan taburkan sedikit kismis diatasnya.
11. Kemudian tutuplah loyang dengan foil. Kukus selama 7 minit.
12. Ulangi langkah 10 untuk lapisan hijau dan kukus selama 15 minit.
13.Kemudian , akhir sekali tuangkan adunan warn oren dan taburkan kismis. Kukus lama sedikit ( kira-kira 1 jam) atau sehingga masak. Setelah masak, sejukkan sebelum dipotong.


[/img]http://srv.fotopages.com/2/21872508/awani-closed-up.jpg[img]

salam kenal
kek kukus awani emmm nampak menarik dan sedap anak2 mesti suke ni
puding kat bawah pun cantik tp blm pernah buat insyaallah ada kelapangan nanti
teringin nak buat
akak copy resepi ye
Sat 23-Oct-2010 05:39
Posted by:k. nuri  - [Link]
PECAL..
Pasti sedap. homemade. hanya tuang air panas saje. Dijamin bersih.
pertanyaan:
aisah8@yahoo.com
Sun 31-Oct-2010 06:25
Posted by:AISAH
rupa kek kita tok macam nyaman kelak kami cuba nyemmmmmm Thu 15-Sep-2011 05:52
Posted by:bebb
Add comment


Wednesday, 20-Oct-2010 06:15 Email | Share | | Bookmark
PUDING HIGHWAY

PUDING HIGHWAY
closed up
closed up 01
highway... tapi bengkok
Assalammualaikum... rasanya dah lama tak upload any latest news... cuma nak letakkan resepi 'puding highway' yang telah dibuat sempena jamuan hari raya aidilfitri office pada bulan lalu.. ramai kawan2 yang rasa.. kata sedap dan ramai jugak yang requestkan resepi ni melalui FB.. jadi saya letakkan resepinya disini... resepi ini sebenarnya saya ambil daripada chef liza.try buat menjadi dan sedap dan dikongsi pada kawan2 yang berminat.. selamat mencuba..k. Wassalam..

bahan-bahannya:
2 bungkus serbuk agar2 - cap bintang
1350 ml air
450gm gula pasir
130gm mentega
8 biji telor bersaiz sederhana ( gred B pun boleh gak)
1 tin susu cair
2 sudu besar tepung kastard
2 sudu makan serbuk koko
1 sudu teh esen vanilla
pewarna merah, kuning, hijau, coklat ( warna ikut suka nak buat berapa)

Cara-caranya :-

1. Masak agar2, air dan gula hingga mendidih dan ketepikan dulu ( biar atas api , kecilkan api)
2. Pukul telor sebentar menggunakan mixer ( kalu tak dak, kacau pakai senduk ), kemudian masukkan susu dan tepung kastard dan kacau sehingga adunan ini sebati, kemudian terus ditapis.
3. Setelah ditapis, satukan adunan telur dengan agar2 tadi & kacau lagi hingga rata, serta masak semula sehingga adunan mendidih. Kemudian, masukkan mentega, esen vanilla dan kacau hingga rata.
4. Bahagikan adunan tersebut mengikut bilangan warna ( hijau, merah, kuning, koko). Bancuhkan serbuk koko dengan sedikit air dan masukkan ke dalam salah satu bahagian tadi.
5. Gunakan loyang mengikut kesesuain .. bulat ke, segiempat ke, ikut suka.
6. Untuk penghasilan belang2 warna.. merengkan sedikit loyang dengan menyanggakan salah satu hujung loyang dengan meletakkan buku atau lain2 bahan keras. Kemudian tuangkan ssatu senduk adunan warna coklat.. ulang cara begini sehingga adunan selesai digunakan.
7. Letakkan loyang kembali kepada kedudukan asalnya dan masukkan adunan ke dalam peti sejuk dan biarkan adunan keras sebelum dipotong dan dihidangkan.

Puding Highway ini sebenarnya juga sesuai disediakan untuk jamuan , hantaran pertunangan ataupun hari ulang tahun rakan sekerja..

PECAL..
Pasti sedap. homemade. hanya tuang air panas saje. Dijamin bersih.
pertanyaan:
aisah8@yahoo.com
Sun 31-Oct-2010 06:30
Posted by:AISAH
Add comment


Tuesday, 24-Aug-2010 03:29 Email | Share | | Bookmark
Pokok Manik Bonsai - Pokok Oren

pokok manik oren
pokok manik oren01
dedaun
View all 5 photos...
Kali ini saya nak tunjukkkan pokok bonsai oren yang dibuat. Lama jugak masa yang diambil kerana memerlukan banyak daun/kelopak. Tapi akhirnya disiapkan jugak... selamat mencuci mata.





Add comment


Tuesday, 24-Aug-2010 02:29 Email | Share | | Bookmark
Jahit manik- Baby Daisy

baby daisy- leher
baby daisy 01- leher
baby daisy -02 -tangan
View all 5 photos...
Dalam minggu ini saya just try to finish all my beads work. tempahan customer saya siapkan sebab nanti nak jahit untuk baju anak takut tak sempat pulak. Baby daisy ini diminta oleh emak adik eka. selamat mencuci mata.






Add comment


Tuesday, 24-Aug-2010 01:12 Email | Share | | Bookmark
CARA MEMBUAT DAUN

bahan asas-manik & 1/2 dawai
step 1- masukkan 1 biji manik
masukkan dawai melalui manik
View all 11 photos...
Dibawah ini menunjukkan bagaimana nak buat daun.Teknik daun ini boleh digunakan sebagai daun bagi sesuatu pokok bonsai.Disamping itu, daun ini juga digunakan untuk dijadikan diantara kelopak bunga ros atau bunga raya nanti. Cuma yang membezakannya, size manik itu sendiri.. kelopak besar memerlukan manik saiz besar, kalau kelopak kecil hanya menggunakan manik bersaiz kecil.
ok, pertamanya mestilah ada manik dan dawai.

step 1 : potong dawai menjadi 2.Hanya menggunakan separuh dawai sahaja untuk sekeping daun.
step 2: masukkan sebiji manik , dawai sama panjang , masukkan dawai menerusi lubang manik tersebut. kemudian tarik kuat kedua-dua dawai.
step 3: kemudian masukkan 2 biji manik pula, dan masukkan dawai melalui manik2 tadi. Tarik kuat. pastikan kedudukan manik menjadi segi3. tarik perlahan2 .
step 4: masukkan pula manik 3 biji dan masukan dawai melalui manik tadi. ulangi seperti langkah diatas.
Step 5 : susunan manik seperti berikut 1,2,3,3,2,1. ( ulangi langkah sepeti diatas sehingga habis)
step 6 : akhir sekali, putar/pusing antara kedua2 dawai supaya kemas ikatan manik tadi.

dibawah adalah gambar cara-cara membuat daun..selamat mencuba.



salam..saya nak tau macam mana nak buat bunga yang ada warna lain atau ada putik di tengah bunga .

tq
Sat 7-May-2011 08:36
Posted by:mazna
Add comment


Sunday, 22-Aug-2010 07:01 Email | Share | | Bookmark
Pokok Bonsai Lovely Pink

LOVELY PINK
LOVELY PINK01
LOVELY PINK 02
Ini merupakan pokok bonsai yang paling saya sayang sekali sebab warna dia pink.. pokok bonsai ini saya letakkan menghiasi meja saya kat office.. hari2 le boleh menatap.. baby pink ini.. pokoknya agak kecil dan memang sesuai diletakkan di atas meja office.. nak cuba buat? senang je.. ikut step di dalam tutorial yang saya sediakan.. takde bahan, boleh beli ngan saya je..sebenarnya ada 2 pokok tapi satu saya dah jual dah.. tinggal yang ini, masih ada orang nak beli tapi yang ini memang saya tak jual.. cuma saya akan buat yang serupa jelah..

Add comment


Thursday, 19-Aug-2010 03:20 Email | Share | | Bookmark
Merah Putih

merah putih 01
Yang ini jugak tempahan daripada customer untuk dijadikan hadiah perpisahan rasa saya. Yang ini gabungan merah dan putih dan gold.. dah sold out.. bolehlah untuk cuci mata.Maaf gambar tak berapa cantik sebab snap pakai camera fon. Pokok ni diambil gambar dalam keadaan masih belum ditanam dengan simen di dalam pasu.



Add comment


Wednesday, 18-Aug-2010 04:11 Email | Share | | Bookmark
BONSAI FUNKY

bonsai funky
Yang ni bonsai yang dibuat oleh kawan saya Kak Marine semasa kami sama-sama buat bonsai ni. Jadi kak marine ni dia suka kepada warna yang ceria kerana katanya ianya akan lebih membangkitkan suasana ruang tamu rumahnya. Gabungan warna anatara warna pink, hijau, gold dan yang uniknya, batang pokok digunkan dawai warna purple garang...cantik jugak... ditambah decoration buaian di bawah dahan pohon.. tapi saya tak snap keseluruhan pokok.. just close up je.. apa-apa pun silalah cuci mata...


Add comment


Wednesday, 18-Aug-2010 03:48 Email | Share | | Bookmark
BUNGA BIRU

biru 01
BIRU02
Bunga ini pula sebenarnya agak besar sikit. warnanya menggunakan manik gebu berwarna biru dan digabungkan pula dengan silver dan dawainya juga warna silver jugak... cuba, mesti cantik punya....


Add comment


Wednesday, 18-Aug-2010 03:20 Email | Share | | Bookmark
BUNGA PINK LOVELY

PINK LOVELY 01
PINK LOVELY02
pokok pink lovely ini dibuat setelah mendpat tempahan dan telah pun dijual. Menggunakan teknik bulatan bunga dengan menggabungkan warna pink, purple dan hijau pucuk pisang. cantik warnanya yang agak soft. Warna dipilih mengikut citarasa customer yang membuat tempahan. Walaubagaimanapun, selamat menjamu mata dan maaf kerana gambar kerang memuaskan kerana snap menggunakan camera phone.




Add comment


[<<  <  [1]  2  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

web02.fp.pidgintech.com