Want your
own Fotopage?








 
suhainy's FotoPage
bunga raya 03 - Fotopages.com
By: suhainy sudin

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 21-Oct-2010 16:15 Email | Share | Bookmark
KEK KUKUS AWANI KISMIS a.k.a KEK 1 MALAYSIA

awani closed up
awani 01
awani02
Assalammualaikum... selamat malam .. salam 1 Malaysia gitu... Kelmarin dah upload mengenai puding highway... tapi n3 kali ni pulak nak kongsi satu lagi resepi kek kukus yang sedap.. sebenarnya, resepi ni saya ambil daripada blogger masakan yang glamour iaitu 'kak Umi, home sweet home'.. banyak sungguh resepi kek kukus yang dia buat... apabila tengok kek ni terus terliuq.. jadi salin resepi, balik rumah terus buat.. 1 adunan.. malam tu jugak dah habis dimakan, esoknya buat lagi satu adunan kek awani...untuk bawak balik ke kampung. Sapa2 yang nak rasa, cuba buat tengok.. mestilah best tau..hmmmm sedap..



Bahan-bahannya :

1 cawan tepung gandum
1/3 cawan horlick ( original punya)
5 biji telur gred A
1/2 cawan gula kastor
200 gm marjerin ( ikut suka nak pakai butter pun ok gak)
1/3 cawan susu pekat manis ( jenama apa pun tak pa )
1/3 cawan kismis hitam
1 sudu teh esen vanila
sedikit pewarna oren, hijau & merah ( ikut suka nak warna terang atau lembut)

Cara-caranya :-

1. Sediakan pengukus. Jerangkan airnya. Se diakan loyang. Lengserkan dengan mentega dan taburkan sedikit tepung.
2. Gaulkan kismis dengan sedikt tepung ( 1 sudu makan), ketepikan.
3. Ayak tepung bersama horlick di dalam satu bekas yang agak besar. Ketepikan seketika.
4. Pukul mentega dengan gula sehingga kembang dan putih.
5. Masukkan telur satu persatu ssampai habis sambil diputar.
6.Masukkan susu dan putar lagi.
7. Kemudian masukkan tepung dan putar sebati.
8. Masukkan esen vanila dan kacau rata.
9. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Warnakan merah, oren dan hijau.
10. Tuangkan adunan merah ke dalam loyang terlebih dahulu, dan taburkan sedikit kismis diatasnya.
11. Kemudian tutuplah loyang dengan foil. Kukus selama 7 minit.
12. Ulangi langkah 10 untuk lapisan hijau dan kukus selama 15 minit.
13.Kemudian , akhir sekali tuangkan adunan warn oren dan taburkan kismis. Kukus lama sedikit ( kira-kira 1 jam) atau sehingga masak. Setelah masak, sejukkan sebelum dipotong.


[/img]http://srv.fotopages.com/2/21872508/awani-closed-up.jpg[img]


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net